Book Review:Ain Maisarah IMPIANA PERANGKAP PERTAMA

IMPIANA PERANGKAP PERTAMA (AIN MAISARAH)

    EDISI KEMAS KINI

                             

REVIEW:

Dahulu,The Wannababes paling popular,Si Kacak Fahrin terkenal kesombongannya,Mimi Monira paling menderita,semua orang menjadi mangsa..


Sepuluh tahun menginjak pergi,warga Sri Bangsa bertemu kembali..

The Wannababes kini berubah,ketua The Wannababes kembali ke pangkal jalan,Shasha selaku penolong ketua The Wannababes berubah fizikalnya,Diana pula sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata,Fazura pula masih lagi dengan perangai lamanya malah kian menjadi jadi,Nana dan Linda pula ada alkisahnya yang tersendiri,tidak lupa juga Sazzy yang kini menjadi seorang pramugari yang cantik dan berjaya..


Baru kisah The Wannababes yang sudah kebanyakan ahlinya berubah..Belum lagi mendengar alkisah warga Sri Bangsar yang lain..Ada yang dah mendirikan rumah tangga,ada yang dah bekerjaya malah ada juga yang masih mencari cari peluang pekerjaan..

Tidak lupa juga Mimi Monira yang dahulunya pinggangnya seperti badak air berubah menjadi pinggang kerengga..Si Fahrin pula hilang keangkuhannya..

Bermula episod Syarikat Impiana,tiga bulan tertunai segalanya,membuat semua teruja,ingin mencuba,mahu melihat kesannya..

Bermula dengan Mimi Monira yang mendaftar pada syarikat tersebut yang merubah fizikalnya 100%..Diikuti pula oleh Shasha demi melunaskan impiannya,tanpa menyedari kesan buruk yang datang melanda..

Ikuti kisah IMPIANA PERANGKAP PERTAMA untuk ketahui dengan lebih lanjut atas apa yang bakal berlaku terhadap pendaftar-pendaftar Syarikat Impiana ini dan apakah perubahan yang berlaku pada warga Sri Bangsar...

Sinopsis:

Dahulu The Wannababes paling popular, Si kacak Fahrin terkenal sombongnya, Mimi Monira yang paling derita, Malah ramai yang jadi mangsa.

Sepuluh tahun menginjak pergi, Warga Sri Bangsar bertemu kembali,
Malam alumni menjadi saksi, terserlah semua penampilan diri.

The Wannababes tidak semua sempurna, Fahrin juga hilang angkuhnya, Mimi Monira kurus bergaya, buat semua tertanya-tanya.

Bermula episod Syarikat Impiana, tiga bulan tertunai segalanya, masing-masing teruja mencuba, mahu melihat bagaimana kesannya.

Shasha menjadi pendaftar pertama, Mimi Monira menjadi panduannya, impian mahu kurus bergaya, tanpa sedar mengundang sengsara...






Ulasan

  1. Hai..
    Ini adalah catatan pertama Diana untuk blog Diana yang ke-2 ni..
    (blog yang pertama dah x leh pakai)..So,harap korg semua enjoy la ye,
    baca blog Diana ni!;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu Ibu-Iqbal Ceria Popstar

Book Review-Sayang Kita Sampai Bila-bila