Perkongsian Ilmu
ILMU TAUHID
Soalan:Apakah itu Ilmu Tauhid?
Jawapan:Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran Akidah Islam.
Soalan:Apakah perbezaan antara 'AhlulFatra' dan orang kafir?
Jawapan:AhlulFatra adalah orang yang tidak sampai dakwah kepadanya manakala,orang kafir pula ialah orang yang telah sampai dakwah padanya tetapi tidak mahu menerimanya.
"Orang kafir yang baik tapi tidak dapat masuk Syurga kerana tidak mengucap semasa mati."
Soalan:Berikan satu analogi atau perumpamaan berdasarkan penyataan tersebut?
Jawapan:Contohnya,orang A dia masuk ke suatu universiti dengan berdaftar manakala,orang B masuk ke universiti yang sama secara senyap-senyap yakni tidak berdaftar.Kedua-duanya belajar bersungguh-sungguh sehingga ke semester terakhir dan kedua-duanya peroleh keputusan yang cemerlang.Namun,pada hari graduasi hanya orang A sahaja yang mendapat ijazah manakala orang B tidak mendapat ijazah.Jadi,ini merupakan antara analogi atau perumpamaan mengenai penyataan di atas.
Soalan:Apakah implikasi sekiranya ada Ilmu Tauhid dalam kehidupan?
Jawapan:Yang pertama,manusia akan mengetahui tujuan dirinya dicipta,mengetahui permulaan dan pengakhiran hidupnya serta mereka akan jauh daripada kegelapan.Yang kedua,iman akan menjadikan manusia berkasih sayang dan bersaudara di bawah naungan Allah S.W.T dan tidak akan berpecah belah ataupun bergaduh.Yang ketiga,manusia akan melakukan amalan yang soleh dan mejauhi maksiat(perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T)
Soalan:Apakah kesan sekiranya tidak memahami Ilmu Tauhid?
Jawapan:Yang pertama,manusia tidak akan mengetahui tujuan hidupnya dan hikmah dirinya dicipta.Yang kedua,manusia akan mementingkan diri sendiri dan sibuk mengejar harta atau kemewahan dunia sehingga tidak mempedulikan orang dan keadaan di sekelilingnya.Yang ketiga,akidah dan amalan manusia akan rosak serta maksiat akan berleluasa.
Soalan:Ringkasan faedah udara?
Jawapan:Udara melindungi bumi daripada berjuta-juta meteor dan bintang yang jatuh ke dalam bumi setiap hari.Udara juga menjadi ejen pendebungaan bagi tumbuh-tumbuhan.Di udara,burung dan kapal terbang dapat berpindah dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.Udara memberi tekanan dan mengimbangi cairan dalam badan,darah dan sebagainya.Udara juga merupakan ejen pembawa hujan secara percuma kepada kita dan udara membantu untuk menggerakkan kapal di laut.Akhir sekali,haiwan dan manusia memerlukan udara untuk bernafas dan kemudian mengeluarkan karbon dioksida yang digunakan oleh tumbuhan untuk melalui proses fotosintesis dan hasilnya iaitu oksigen digunakan oleh manusia dan haiwan untuk terus hidup.
Ulasan
Catat Ulasan