Book Review-Sayang Kita Sampai Bila-bila

Sayang Kita Sampai Bila-bila-Shahaini Zahar

Mengisahkan tentang dua orang sahabat yang berkawan baik sejak kecil iaitu Judika dan Hannah.Sewaktu kecil,Judika lebih rendah berbandig Hannah dan kerana itulah Judika mendapat gelaran "kitot" walaupun mereka sudah meningkat ke usia remaja dan ketinggian Judika jauh lebih tinggi berbanding Hannah,Hannah masih lagi memanggil Judika dengan gelaran "kitot".
           Hannah merupakan seorang anak yatim yang kematian bapa sejak kecil lagi..Emaknya pula seorang yang kuat bekerja demi menyara mereka dua beranak.Judika pula merupakan anak ke-2 daripada 2 adik beradik..Abangnya,Jamal hilang sejak kecil lagi dan masih tidak ditemui hingga kini..Dan kerana itulah,mama dan papa Judika amat lah menyayanginya dan menjaganya dengan sebaik mungkin kerana takut pisang berbuah dua kali..
           Kini Judika terkenal dengan kehandalannya bermain badminton dan amat disegani dan dihormati di sekolahnya.Dengan pengaruh yang ada pada Judika,Hannah juga turut disegani ramai kerana Judika sentiasa melindungi Hannah dan tidak membenarkan sesiapa pon yang boleh menyakiti Hannah.
            Maka bermulalah satu kisah yang berlaku di antara Hannah,Judika dan Rayyan(budak yang baru berpindah ke Malaysia) di mana pada suatu hari,berlaku kemalangan kecil antara Hannah dan Rayyan di LoveBirds.Ketika itu Rayyan memakai jaket berhud untuk menutup rambutnya yang memang asli bewarna oren supaya tidak dapat dilihat oleh orang ramai dan sedang sibuk bermain dengan hoverboardnya sehingga tidak menyedari yang dia telah melanggar Hannah.Apabila Hannah terasa dilanggar oleh seseorang,dia pantas menoleh dan melihat siapakah gerangan yang melanggarnya itu.
             Hannah terperasan bahawa gerangan yang melanggarnya itu mempunyai rambut bewarna oren lalu Hannah dalam keadaan yang marah terus memberi gelaran "ungka" kepada Rayyan.Rayyan merupakan darah kacukan Melayu-Inggeris dan kerana itulah rambutnya bewarna oren.
             Keesokannya,Hannah pergi ke sekolah seperti biasa bersama Judika.Namun tidak disangka pada hari itu,terdapat pelajar baru di sekolah mereka yang dahulunya pelajar baru tersebut menetap di Los Angeles dan pelajar itu adalah..RAYYAN!!
                    Tanpa diduga,Rayyan juga ditempatkan di kelas yang sama dengan Hannah dan dari situlah bermula segala tragedi yang penuh suka dan duka antara Judika,Rayyan dan Hannah sehingga akhirya salah seorang daripada mereka pergi menghadap Ilahi.
                     Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kisah ini?Dapatkan buku ini di pasaran sekarang!Hanya RM18 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak.Selamat membaca😉!

SINOPSIS:

"Berlagak!"

Sejak tu aku panggil Si Rayyan tu Ungka.Sebab apa?
Sebab rambut oren dia tu memang lain dari yang lain!
Tapi akhir-akhir ni aku rasa berdebar bila jumpa dia.
Aku nak share benda ni dengan kawan baik aku,Judika
tapi...Tiba-tiba dia luahkan perasaan dan membuatkan
aku serba salah.Apa nak buat ni?

"Kitot,kita tetap sama macam dulu,kan?
                  

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Book Review:Ain Maisarah IMPIANA PERANGKAP PERTAMA

Lirik Lagu Ibu-Iqbal Ceria Popstar